W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
16 ﺭﺟﺐ Rejab 1434
Arkib Berita Pemantauan Bersepadu Syariah Ke Premis Penyembelihan
Pemantauan Bersepadu Syariah Ke Premis Penyembelihan

 alt
 
24 Mac 2012 (Sabtu) – Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menjalankan operasi pemantauan iaitu pemantauan bersepadu bersama Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL ke premis penyembelihan.
 
Dalam pemantauan itu, operasi pemantauan telah diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Bin Haji Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAWI. Operasi bermula pada pukul 1.00 pagi di sekitar premis sembelihan Bandar Tun Razak, Segambut serta premis sembelihan di Batu Muda.
 
Pemantauan dilakukan untuk memastikan jurusembelih melakukan penyembelihan mengikut hukum syarak serta mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam Surat Kebenaran Menyembelih. Pemantauan ini juga dilakukan bertujuan untuk memastikan tiada penyelewengan dan penyalahgunaan logo halal.
 
Rentetan daripada operasi yang dijalankan, pihak DBKL telah memberi amaran kepada beberapa premis sembelihan berkenaan aspek kebersihan yang tidak memuaskan. Pemantauan bersepadu berakhir pada pukul 5.00 pagi pada hari yang sama.

alt alt
alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan, JAWI
Cawangan Kuala Lumpur

TEXT_SIZE