05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
 
alt
Teater Islamophobia 'A Non-Muslim Point Of View'
 
7 April 2012 (Sabtu) – Hidayah Centre dan Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Serious Comedy Studio telah menganjurkan pementasan Teater Islamophobia ‘A Non-Muslim Point Of View’ di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam.
 
Teater yang bermula pada jam 8 malam ini merupakan sebuah teater yang menceritakan mengenai seorang lelaki non-Muslim berbangsa Cina telah ditakdirkan jatuh cinta dengan seorang gadis Melayu beragama Islam. Namun, krisis timbul apabila hubungan mereka semakin serius lalu membuat keputusan untuk berkahwin. Jejaka tersebut enggan menukar agamanya kepada Islam kerana terlalu banyak berita buruk tentang Islam dan penganutnya yang pernah didengari sebelum ini. Dia kini takut untuk mendekati Islam.
 
Islamophobia adalah istilah kontroversi merujuk kepada prasangka dan diskriminasi kepada Islam dan Muslim. Istilah yang telah digunapakai sejak 1980-an menjadi semakin popular selepas serangan 11 September 2001. Ensiklopedia atas talian Wikipedia pula mendefinisikan Islamophobia sebagai ketakutan atau kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya.
 
Badan Amanah Runnymede pula mentafsirkannya sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada perasaan takut dan tidak suka kepada orang Islam serta merujuk kepada amalan mendiskriminasi orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan bermasyarakat.
 
Hal ini juga termasuk persepsi bahawa Islam bukanlah sebuah agama, tetapi sebuah budaya yang mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, malah lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas. Kemuncak tanda Islamophobia Barat adalah apabila seorang paderi mengumumkan niatnya untuk membakar ratusan naskhah al-Quran bercetak sebagai memperingati peristiwa 11 September di Amerika Syarikat pada tahun 2010.
 
Seramai 500 orang telah mengikuti pementasan teater ini. Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdulla, Pengerusi Hidayah Centre, YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Kadir, Pengerusi ACCIN, YBhg. Puan Hajah Azizah Binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, YBhg. Tuan Mohamad Sukri Bin Haji Ab. Wahab, Pendakwa Syarie Bahagian Pendakwaan JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria