05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
alt

Perhimpunan Perdana Warga Agama/Qaryah Wilayah Persekutuan Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia
 
6 April 2012 (Jumaat) – Perhimpunan Perdana Warga Agama/Qaryah Wilayah Persekutuan Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini berjaya menghimpunkan lebih 7,000 orang.
 
Mereka terdiri daripada warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Para jemputan juga termasuk guru-guru KAFA, Sekolah rendah Agama (SRA), para imam, guru-gurutakmir, Ahli Jawatankuasa Masjid, Surau Jumaat, dan Surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta golongan asnaf yang menerima bantuan daripada MAIWP.
 
Program berkenaan menyediakan platform kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan amanat kepada warga penggerak serta pelaksana pembangunan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan seperti JAWI dan MAIWP terutama barisan pegawai serta Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau serta para guru SRA.
 
Selain itu, program tersebut turut menyaksikan YAB Perdana Menteri menyampaikan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Surau Jumaat Wilayah Wilayah Persekutuan sesi 2012/2014 dan pengisytiharan peruntukan MAIWP bagi tujuan pembangunan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan pada tahun 2011/2012 (Jadual 1).
 
Hadir sama ialah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ybhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
________________________________________________________________________________________

JADUAL 1 : BANTUAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN HAL EHWAL ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2011/2012                              
 
 
BANTUAN/PERUNTUKAN
 
KOS (RM)
 
Saguhati Kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Dan Surau Jumaat Tahun 2011
 821, 100.00
 
Bantuan Kebersihan Dan Keceriaan Kepada Masjid, Surau Jumaat Dan Surau Di Wilayah Persekutuan Tahun 2012
 1, 060, 000.00
 
Bayaran Imbuhan Imam Ratib, Pembantu Bilal Dan Pembantu Noja Masjid Dan Surau Jumaat Tahun 2012
 1, 886, 000.00
 
Bantuan Pengimarahan Kepada Masjid, Surau Jumaat Dan Surau Tahun 2012               
 2, 073, 500.00
 
Elaun Kepada Guru KAFA Dan Guru SRA Tahun 2012
 3, 783, 000.00
 
Bantuan Pembinaan Baru Masjid, Surau Jumaat, Surau Dan SRA
 157, 000, 000.00
 
Bantuan Pembaikan Tanah Perkuburan Islam Dalam Taman (Raudhatul Sakinah)
 5, 235, 000.00
 
Pusat Perlindungan Saudara Baru (Kompleks Darul Hidayah)
 19, 800, 000.00
 
Bantuan Pembaikan Masjid, Surau Dan SRA
 20, 000, 000.00
 
Jumlah Keseluruhan Bantuan/Peruntukan
 211, 658, 600.00

alt alt
alt alt

Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur