05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Lawatan Delegasi Pusat Sokongan Sosial, Abu Dhabi, UAE Ke JAWI

 
7 Mac 2012 (Rabu) – Buat julung kalinya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan rasmi dari delegasi Pusat Sokongan Sosial, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu bertempat di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam, pagi ini.
 
Lawatan yang diketuai oleh Kolonel Mohamed Ahmed Al-Hosani, Timbalan Pengarah Pentadbiran, Pusat Sokongan Sosial, Abu Dhabi itu diadakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan fungsi dan peranan Bahagian Perkahwinan Dan Perkahwinan Keluarga (BPPK) JAWI.
 
Selain itu, delegasi terbabit juga turut mengambil peluang mendapatkan maklumat berkaitan termasuk input pra perkahwinan dan kaedah menangani masalah yang timbul di awal perkahwinan serta perundangan berkaitan yang dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan.
 
Terdahulu, taklimat berkenaan telah disampaikan oleh YBhg. Mohd Zaki Bin Mat Salleh, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah JAWI yang juga pernah berkhidmat di BPPK sebelum ini.
 
Delegasi terbabit juga turut dibawa untuk melihat sendiri proses membuat kad nikah 1 Jam 1 Wilayah yang merupakan salah satu inovasi JAWI sebelum menjamu selera jamuan yang telah disediakan.
 
Hadir sama bagi menyambut ketibaan rombongan berkenaan ialah YM Datin Raja Darul Ehsan Binti Raja Ariffin, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, YBhg. Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah BPPK, YBhg. Ustaz Zainal Abidin Bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BPPK, YBhg. Ustaz Mohd Sahirman Bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan BPPK, YBhg. Ustaz Abdullah Bin Hashim, Penolong Pengarah BPPK dan YBhg. Ustazah Siti Aai'shah Binti Ab.Raman, Penolong Pengarah BPPK.

     
 
     
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel