05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Lawatan Ke Pusat Pelupusan Al-Quran Syarikat Percetakan Saufi

 
14 Mac 2012 (Rabu) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan lawatan ke Pusat Pelupusan Al-Quran Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang. Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Penyelidikan JAWI  yang diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JAWI) bersama-sama menghadiri lawatan ini dan telah disambut oleh YBhg. Tuan Haji Rahmat Mahdan (Pengerusi Percetakan Saufi).
 
Program lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat secara lebih dekat gerak kerja yang dijalankan oleh syarikat tersebut bermula dari proses pengumpulan sehingga proses pelupusan Al-Quran yang dilakukan secara tertib dan mengikut syariat Islam.
 
Pusat Pelupusan Al-Quran Syarikat Percetakan Saufi pada ketika itu juga turut menerima kehadiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak yang bertujuan menghantar Al-Quran yang dikumpulkan di Jabatan mereka untuk tujuan pelupusan.

 
    
     
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan,
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur


Cetak   Emel