05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 


 

25 Februari 2012 (Sabtu) – Seramai 60 peserta kursus INTAN Bukit Kiara yang terdiri daripada pegawai kumpulan pengurusan tertinggi jawatan utama sektor awam (JUSA) telah mengadakan lawatan sosial ke pusat perlindungan wanita-wanita bermasalah, Dar Assaadah, Jalan Ipoh, pagi tadi.
 
Lawatan yang disertai oleh ketua-ketua jabatan pelbagai kementerian dan jabatan seluruh negara itu diketuai oleh YBhg. Dato' Mohmed Asri bin Yusof, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset, Kementerian Dalam Negeri.
 
Hadir sama bagi menyambut ketibaan delegasi terbabit ialah YBhg. Dato’ Mohamad bin S Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dar Assaadah,YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP yang juga Timbalan Pengerusi Dar Assaadah, Puan Aspalela binti Hasan, pengetua Dar Assaadah, dan pegawai-pegawai kanan JAWI.
 
Tujuan lawatan tersebut diadakan ialah bagi mendapatkan maklumat berkaitan Dar Assaadah sebagai pusat perlindungan sementara kepada
wanita-wanita bermasalah di samping dapat bertukar pandangan mengenai perkara berkaitan.
 
Terdahulu, sesi taklimat secara ringkas mengenai Dar Assaadah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Che Mat. Manakala sesi soal jawab turut dikendalikan oleh YBhg. Dato’ Mohamad dan Puan Aspalela.
 
Delegasi terbabit kemudiannya dibawa melihat sekitar kompleks Dar Assaadah dan mereka turut berpeluang beramah mesra dan mendalamai
permasalahan secara terus dengan penghuni kompleks terbabit.
 

   

   

      

Foto dan teks oleh :

Unit Perhubungan Awam & Penerbitan