05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Seminar Kecemerlangan Wanita Siri 1/2012

 

 

24 Februari 2012 (Jumaat) – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Sekretariat Hal Ehwal Wanita (HELWA) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Wanita Siri 1/2012 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, di sini, pagi tadi.
 
Program ini diadakan bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada para peserta tentang isu-isu pemfailan kes, pembuktian kes dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para peserta di dalam kes mereka serta memberi ruang kepada para peserta untuk berkongsi masalah undang-undang yang berkaitan.
 
Terdahulu, seminar yang bertemakan “Literasi Undang-Undang Syariah” ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Hadir sama ialah YBhg. Saudara Amidi Abdul Manan, Presiden ABIM.
 
Seminar ini memuatkan tiga slot khas iaitu SLOT 1 : Poligami – Antara ‘Hukum’ atau ‘Patut’ dan ‘Perlu’ oleh Puan Fadhlina Binti Dato’ Siddiq, Naib Presiden HELWA ABIM, Group Peguam ABIM, SLOT 2 : Pembuktian Dan Implikasi Nusyuz oleh Encik Roshdan Sujak Rafie, Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syafie Malaysia dan SLOT 3 : Isu-isu dan Pembuktian Tuntutat Selepas Perceraian di Mahkamah Syariah oleh Puan Marlina Amir Hamzah, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.
 
     
 
     
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

 


Cetak   Emel