05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

 
 
21 Februari 2012 (Selasa) – Seramai 1400 kakitangan kerajaan serta masyarakat awam berhimpun bagi mengikuti Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M, di Kompleks Pusat Islam, di sini, pagi ini.
 
Majlis yang dianjurkan setiap tahun oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu diadakan bagi untuk memperingati peristiwa bersejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dan seterusnya mengambil iktibar dan menghayati segala isi kandungan ajaran junjungan mulia baginda.
 
Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI yang juga merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Ahli-Ahli MAIWP. Hadir sama ialah penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2012 iaitu Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, YBhg. Toh Puan Wan Asiah Ahmad.
 
Bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”, majlis berkenaan turut diserikan dengan pelbagai agenda menarik termasuk ceramah khas Maulidur Rasul oleh YBhg. Ustaz Anuar Bin Puteh, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga persembahan khas oleh penerbit, komposer, penyanyi, pengacara terkenal iaitu Saudara Mohammad Hafiz Bin Hamidun atau lebih dikenali sebagai Hafiz Hamidun.
 
Tahun ini juga turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M, iaitu Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Tahun 1433H/2012M yang dianugerahkan kepada pendakwah terkenal iaitu YBhg. Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Beliau turut menerima wang tunai sebanyak RM5,000, plak serta sijil penghargaan.

 
 
 
 
 


Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria