05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
 
16 Februari 2012 (Khamis) – Buat julung kalinya warga kerja Unit Ukhwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pagi tadi.
 
Lawatan tersebut disertai seramai lima orang pegawai dan kakitangan Unit Ukhwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Johor dan diketuai oleh Ustazah Hajah Maimunah Binti Othman, Penolong Pengarah Kanan unit tersebut.
 
Di antara objektif utama lawatan kerja ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak di samping dapat melihat dengan lebih dekat perlaksanaan rekod pengislaman Saudara Baru bagi Wilayah Persekutuan khususnya sistem dan kad pintar mualaf (e-Hidayah).
 
Hadir sama bagi menyambut ketibaan delegasi tersebut ialah Ustazah Azizah Binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Encik Ahmad Irham Bin Ikmal Hisham, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ustaz Abdul Rahman Bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah.
 
Terdahulu, taklimat mengenai Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah serta Kad Pintar Mualaf (e-Hidayah) telah disampaikan oleh Ustazah Zaini Naura Aza Binti Mohd Zain, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah.
 
Delegasi tersebut juga turut dibawa melawat ke pejabat operasi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan bagi melihat sendiri proses penyediaan Kad Pintar Mualaf (e-Hidayah) serta proses memeluk agama Islam yang dijalankan di JAWI.
 
     
 
     
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria