05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

15 November 2011 (Selasa) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Ihtifal Peringkat Akhir Sekolah Rendah Agama (SRA) & Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Tahun 2011 bertempat di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam.

Program Ihtifal yang bertujuan mencungkil bakat murid SRA & KAFA dalam pelbagai kemahiran, Amal Islami (Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Seni Khat, Khutbah, Azan, Bercerita dan pelbagai acara lain) berobjektifkan sebagai memupuk minat murid untuk menyertai program-program yang menerapkan nilai-nilai Islam yang diharapkan mampu mencegah dari terlibat dengan gejala tidak sihat disamping menggalakkan kegiatan kokurikulum di SRA & KAFA berjalan seiring dengan aktiviti di Sekolah-sekolah Kebangsaan serta memupuk semangat di kalangan guru-guru yang mengajar di SRA & KAFA JAWI untuk mempertingkatkan komitmen ke arah mencapai kecemerlangan di peringkat sekolah, zon dan juga Jabatan.

Ihtifal merupakan instrumen penting kerana ia menjadi pengukur tahap kefahaman dan penghayatan sepanjang pembelajaran di SRA & KAFA, selain pelaksanaan kurikulum subjek teras dan elektif.

Program yang telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini merupakan salah satu inisiatif pihak JAWI dalam mempromosikan SRA dan mengetengahkan aktiviti kokurikulum berteraskan Islam bagi memupuk serta menyubur minat di kalangan anak-anak dalam mempelopori keindahan Islam yang sebenar.

Selaras dengan misi JAWI, ‘Memberi kefahaman dan pendidikan agama kepada masyarakat berlandaskan pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah  kepada masyarakat di Wilayah-wilayah Persekutuan’ ini merupakan program tahunan Bahagian Pelajaran JAWI ke arah melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa yang mampu mendaulatkan Islam di muka bumi ini, seterusnya mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Turut hadir, YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Datuk Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria