05:57
Imsak
06:07
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

14 November 2011 (Isnin) – Tuan Yang Terutama (TYT) David Johnston, Gabenor Jeneral Kanada telah mengadakan satu Lawatan Negara ke Malaysia dari 13 November 2011 sehingga 16 November 2011 dan salah satu atur cara yang telah disusun adalah Lawatan ke Masjid Jamek, Jalan Masjid India yang turut melibatkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perucapan taklimat khas telah diberikan oleh YBhg. Tuan Asmawi Bin Tuan Umar (Pegawai Perhubungan Awam Dan Penerbitan) dan YBhg. Ustaz Faizal Bin Tan Mutalib (Imam Masjid Jamek, Kuala Lumpur) mengenai sejarah penubuhan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

TYT Gabenor Jeneral Kanada turut dibawa melawat sekitar kawasan Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan kawasan pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak yang merupakan salah satu mercu tanda Kuala Lumpur.

Turut hadir, YB. Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi sebagai Menteri Pengiring dan YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
 
    
 
    

    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria