05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

11 November 2011 (Jumaat) – Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Bera telah mengadakan satu Lawatan Mahabbah Sambil Belajar ke Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diadakan bertempat di Dewan Hadhari.

Seramai 31 orang ahli delegasi telah turut serta dalam lawatan ini yang diketuai oleh Encik Mohd Khusairi Bin Saleh (Pegawai Pendidikan Islam) untuk berkongsi-kongsi maklumat disamping meraikan sumbangan guru-guru Pendidikan Islam Daerah Bera.

Lawatan ini diadakan bertujuan bagi mengetahui fungsi Bahagian Pelajaran JAWI disamping dapat bertukar pandangan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Encik Mohd Kassim Bin Maarof, Penolong Pegawai Penerangan, Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan mewakili pihak pengurusan JAWI, manakala Encik Amirul Fahmi Bin Mohd Mazlan, Penolong Pengarah Unit Kurikulum, Bahagian Pelajaran, JAWI telah menyampaikan taklimat berkaitan Bahagian Pelajaran kepada peserta lawatan.
 
    

    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria