05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

24 Julai 2011 (Ahad) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan JAWI dan Masjid Al-Muhsinin telah menganjurkan Mini Konvensyen Saudara Muslim Tahun 2011 pada 22 Syaaban yang bertempat di Masjid Al-Muhsinin, Taman Desa, Kuala Lumpur. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Seramai 80 orang peserta menghadiri Mini Konvensyen Saudara Muslim tahun 2011 ini. Mini konvensyen pada kali ini lebih menjurus kepada penerapan kualiti dan budaya hidup Islam dalam diri saudara muslim dengan bertemakan ‘Ke Arah Melahirkan Peribadi Muslim Berkualiti’.

Selain itu, peserta-peserta didedahkan dan diberikan penerangan berkaitan makanan halal dan haram menurut perspektif Islam. Peserta juga diajar kaedah-kaedah penyembelihan yang dilaksanakan menurut cara Islam sebelum setiap peserta perlu melakukan praktikal penyembelihan sambil dipantau oleh fasilitator dari Bahagian Penyelidikan JAWI. Seterusnya setelah 70 ekor ayam disembelih, ayam sembelihan tersebut dimasak secara bergotong royong oleh sukarelawan Masjid Al-Muhsinin bersama pegawai dan kakitangan Cawangan Kebajikan Saudara Baru.

Mini Konvensyen Saudara Muslim Tahun 2011 berakhir jam 2.00 petang dan ianya dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Ustazah Zaini Naura Aza Binti Md Zain.

    

    
 
    

Foto dan teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI