05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

17 Julai 2011 (Ahad) – Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 1, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid AL-Ghazali dan bahagian dakwah telah mengadakan Seminar Sakinah Keluarga Bahagia bertempat di Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur.

Seminar ini merupakan program tahunan Pejabat Pusat Zon 1 yang diadakan bagi memberi pendedahan kepada seluruh anak kariah betapa pentingnya dalam menjaga keharmonian antara satu sama lain terutama dalam membentuk sebuah rumahtangga yang bahagia dan berwibawa yang akan dicontohi oleh generasi  pada masa kini.

Selain itu, seminar seperti ini juga bermatlamat untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim di antara jiran tetangga dan juga rumahtangga yang penuh dengan kasih saying. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI iaitu YBhg. Ustaz Omar Bin Said turut dihadiri oleh Pengerusi Masjid Al-Imam Al-Ghazali, YBhg. Dato’ Alang Zari Bin Ishak.

Seminar bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang itu turut mencatat senarai kehadiran yang lebih kurang 230 orang.

Penceramah terdiri dari YBhg. Ustaz Zainal Abidin Bin Haji Sulaiman Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dan Pembangunan Keluarga dan Forum Sakinah Keluarga Idaman iaitu Ustazah Zawiah Binti Hassan dan Ustaz Badlishah Bin Alaudin serta moderatornya, Ustaz Hazman Bin Hashim.

Pihak Pejabat Zon 1 mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan seminar ini.
 
    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pendakwaan,
JAWI