05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

15 Julai 2011 (Jumaat) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Akidah Saudara Muslim Tahun 2011 yang bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur,  Besut, Terengganu selama tiga hari bermula 15 Julai 2011.

Kursus ini merupakan aktiviti tahunan cawangan yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada saudara muslim tentang cara hidup serta amalan setiap muslim dan juga untuk  memantapkan lagi akidah di kalangan mereka khususnya yang baru memeluk agama Islam. Secara  keseluruhannya objektif program ini telah tercapai dan mendapat maklum balas yang baik daripada semua peserta.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar kelas Pengajian Saudara Muslim JAWI bersama dengan 10 orang urusetia telah berangkat ke ILIM Besut pada 15 Julai 2011 jam 9.00 pagi dan tiba di sana pada jam 6.00 petang.

Kursus tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dan kakitangan Cawangan Kebajikan Saudara Baru dan turut dibantu oleh tenaga  fasilitator jemputan dari Universiti Malaya. Majlis penutup  telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Sukri Bin Abd Ghani, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan Saudara Baru, JAWI mewakili Ketua Penolong Pengarah.

Pada hari terakhir, sebelum berangkat pulang semua peserta telah dibawa melawat Desa Ukiran Kayu, Kg. Raja, Besut dan Pasar Payang, Kuala Terengganu. Rombongan peserta sampai ke Kuala Lumpur jam 1.00 pagi pada 17 Julai 2011.

    

    
    

Foto dan teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru 
Bahagian Pengurusan Dakwah,JAWI