05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

17 Jun 2011 (Jumaat)Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tuan Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Masjid Al-Najihin ini terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras bernombor Lot 8455 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik dan Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri. Kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan oleh kontraktor FNA Builders & Services Sdn. Bhd. di atas sebidang tanah seluas 8,042 meter persegi pada 25 Oktober 2007 dan siap sepenuhnya pada 17 Mac 2009. Kemudian diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk ditadbir urus pada 14 April 2009. Kos pembinaan masjid berkonsepkan seni bina moden komtemporari Melayu ini menelan belanja sebanyak RM14 juta dan jumlah perbelanjaan tersebut turut merangkumi nilai tanah, kerja pembangunan dan keceriaan.

Sebelum pembinaan Masjid Al-Najihin ini, penduduk setempat dan sekitarnya hanya menunaikan solat Jumaat di Masjid Az-Zubbair Ibn Awwam, Taman Tenaga, Cheras dan Masjid Othman Ibn Affan di Bandar Tun Razak, Cgeras, Kuala Lumpur. Berikutan pertambahan bilangan penduduk sekitar Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak, maka Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah meluluskan sebidang tanah untuk pembinaan sebuah masjid yang baru. Justeru itu, dengan sempurnanya pembinaan Masjid Al-Najihin ini, telah dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat tempatan untuk menunaikan ibadah secara berjemaah dengan lebih selesa.

Solat berjemaah pertama telah diadakan pada 14 Mei 2009 dimulakan dengan Solat Maghrib dan disusuli dengan majlis bacaan Yasin, Tahlil, dan Doa Selamat. Manakala solat Jumaat pertama didirikan di masjid ini pada 15 Mei 2009 dengan khutbah khas dibaca dan diimamkan oleh YBhg. Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Zakariah Bin Isa.

Masjid ini berupaya menampung kapasiti jemaah sehingga 3,000 orang pada satu-satu masa bersesuaian dengan keperluan umat Islam di sekitar Bandar Sri Permaisuri, Salak Selatan dan kawasan sekitarnya. Masjid ini dibina setinggi tiga tingkat bagi menampung bilangan jemaah. Tingkat bawah masjid terdiri dari ruang solat utama, bilik imam, bilik azan, bilik tetamu, ruang penyediaan, bilik pengurusan jenazah, bilik stor, bilik wuduk lelaki dan wanita, bilik wuduk dan tandas golongan kurang upaya (OKU). Manakala tingkat satu terdiri daripada ruang solat muslimat yang dilengkapi dengan bilik wudhuk. Tingkat dua masjid pula disediakan untuk kanak-kanak dan juga ditempatkan dengan kamera litar tertutup dan mempunyai skrin multimedia untuk khutbah Jumaat di kanan dan kiri ruang solat utama (tingkat bawah) serta di tingkat satu.

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria