05:57
Imsak
06:07
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

7 Mei 2011 (Sabtu) – Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2011 dan melibatkan semua Agensi-agensi Kerajaan dan NGO-NGO serta Badan Berkanun dalam majlis gilang gemilang ini bertempat di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kira-kira 12,000 orang pekerja yang terdiri daripada pelbagai sektor yang mewakili setiap kategori pekerjaan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dijemput bagi memeriahkan lagi perhimpunan yang dianjurkan sekali pada setiap tahun.

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah hadir bagi merasmikan Perhimpunan Perpaduan ini disamping menyampaikan Amanat Khas sempena Sambutan Hari Pekerja 2011 yang bertemakan ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian Sembilan anugerah kepada majikan dan pekerja sebagai pengiktirafan kepada usaha golongan berkenaan memartabatkan pembangunan sumber manusia.

Antara sembilan kategori anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Pekerja Cemerlang (Kumpulan Eksekutif dan Bukan Eksekutif), Anugerah Pekerja Cemerlang (Orang Kurang Upaya ‘OKU’), Anugerah Majikan Prihatin (Syarikat Besar), Anugerah Majikan Prihatin (Syarikat Kecil dan Sederhana), Anugerah Majikan Berdaya Saing (Syarikat Kecil dan Sederhana), Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh (Sektor Awam), Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh (Sektor Swasta) dan Anugerah Ladang Bahagia termasuk Pertandingan Khas Slogan Terbaik serta Pertandingan Kontinjen Terbaik.

Hadir sama ialah YB Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, YB Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Tan Sri Mohd Sidek Bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara, YB Tan Sri Ismail Bin Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Haji Omar Bin Osman, Presiden CUEPACS.

    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria