05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

6 Mei 2011 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1432H/2011M kali ke-39 bertempat di Dewan Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Majlis yang bertemakan ‘Satu Malaysia Satu Ummah’ ini diadakan untuk menjadi pemangkin dan suntikan semangat bagi orang ramai untuk terus berusaha memperbaiki dan meningkatkan mutu bacaan al-Quran.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1432H/2011M ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan Intra.

Objektif sebenar Majlis Tilawah yang diadakan selama dua hari ini bagi memperuntukkan jalan keluar bagi umat Islam untuk merawat kekalutan masyarakat dengan kembali kepada ajaran sebenar yang terkandung di dalam al-Quran dan merupakan pentas yang terbaik untuk mendidik serta mengajak masyarakat menghayati bacaan merdu al-Quran serta keindahannya dan seterusnya memahami isi kandungannya untuk kita terjemahkan dalam tindakan-tindakan kita untuk mengharungi cabaran-cabaran kehidupan masakini.

Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada 8 orang Qari dan 3 orang Qariah telah menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1432H/2011M:

Bahagian Qari
Kategori        Nama Pemenang                           Markah
Johan             Mohd Shukri Bin Ali                          85.25%
Naib Johan      Zainuddin Bin Ab. Rahman                 84%
Ketiga            Muadzeen Bin Ackil                           83.5%
Keempat        Hasan Al-Fadhli Bin Abd. Rahman         83%
Saguhati         Wan Fakhrul Razi Bin Wan Mohamad    79.5%
                     Mohd Arif Bin Soef                           76.5%
                     Malik Bin Ahmad                               72.5%
                     Tamrin Bin Haji Halik                          66%

Bahagian Qariah
Kategori        Nama Pemenang                           Markah
Johan             Khamariah Binti Yusof                       81%
Naib Johan      ‘Afifah Binti Haji Bachok                     75%
Ketiga            Siti Aminah Binti Musram                    71%

Turut hadir, YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI, YBhg. Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, YBhg. Haji Abdul Murat Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAWI, Ahli-ahli MAIWP dan Ustaz Mazlan Bin Abdullah, Pengerusi Masjid Usamah Bin Zaid.

    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria