05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

29 April 2011 (Jumaat) – Bual Bicara Bulanan Bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali diadakan sekali lagi bagi Siri 4/2011 bertempat di Auditorium Kompleks Parcel E, Putrajaya dengan tema ‘Saya Bangga dan Bersyukur Jadi Rakyat Malaysia’.

Program ini diadakan secara percuma khasnya untuk seluruh warga Putrajaya termasuk warga Wilayah Persekutuan dan warga luar Bandar dalam memastikan keindahan Putrajaya dipelihara dan disayangi sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ke arah sasaran Putrajaya sifar maksiat pada tahun 2011.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata ringkas dari Datuk Haji Che Mat tentang bertapa pentingnya dalam menjaga keindahan Putrajaya daripada aktiviti maksiat yang mencemarkan Putrajaya dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah selain bersukan seperti aktiviti menunggang kuda.

Aktiviti diteruskan dengan penerangan ringkas mengenai aktiviti Bahagian Penguatkuasaan JAWI dalam membasmi maksiat oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan.

Turut hadir, Puan Hajjah Zainab Binti Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya dan Puan Lizah Binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAWI.

    
 
    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria