05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

14 April 2011 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Bahagian Pengurusan Dakwah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Persatuan Ulama’ Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP) dan Bahagian Baitumal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan satu Lawatan Mahabbah ke Pusat Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya (PSIAKU) AZWAR bertempat di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Seramai lapan orang ahli mengikuti lawatan ini yang diketuai oleh Ustazah Nor Dalilah Binti Zakaria bagi mengeratkan silaturrahim antara Jabatan dan NGO-NGO serta rumah-rumah perlindungan sekaligus menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan sebagai tempat untuk memastikan misi dakwah bil hal terlaksana.

Lawatan Mahabbah dimulakan dengan ucapan aluan oleh ketua rombongan serta bacaan yasin dan tahlil ringkas. Diteruskan dengan sesi beramah mesra dengan penghuni Pusat Jagaan Kurang Upaya Terlantar (PSIAKU) AZWAR dengan penyampaian sumbangan dan beras fidyah yang diuruskan oleh DPMM dan Baitulmal sebagai penutup.
 
    

    

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan