W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
15 ﺭﺟﺐ Rejab 1434
Arkib Berita Lawatan Tapak Dan Pembentangan Cadangan Menaiktaraf Dan Merekabentuk Landskap Taman Raudhatul Sakinah Di Tanah Perkuburan Islam KL-KARAK, Kuala Lumpur

29 Mac 2011 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menjalankan satu lawatan tapak ke Tanah Perkuburan Islam (TPI) KL-KARAK berserta mengadakan pembentangan cadangan menaiktaraf dan merekabentuk landskap Taman Raudhatul Sakinah bersama YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Lawatan ini diadakan bagi memastikan pemilihan produk dan rekaan untuk menceriakan kawasan tanah perkuburan Islam KL-KARAK lebih mesra pengunjung di samping menampakkan kebersihan dan kekemasan dari segi lanskap serta kesesuaian jenis batu dan tanah untuk aktiviti perkebumian.

Turut hadir dalam lawatan tapak dan pembentangan ini YBhg. Tuan Haji Abdul Murat Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah (Pengurusan), YBhg. Puan Hajjah Ramlah Binti Yong, Timbalan Pengarah (Operasi) dan YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah.

    

    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
TEXT_SIZE