W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
11 ﺷﻌﺒاﻦ Syaaban 1434
Arkib Berita Pemantauan Bersepadu Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam

23 Mac 2011 (Rabu) – Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya mengadakan pemantauan di premis buku di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemantauan bersepadu ini turut disertai beberapa pegawai dari agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersamaan 18 Rabiul Akhir 1432H.

Antara tujuan diadakan pemantauan ini adalah untuk memastikan premis-premis tersebut tidak menjual bahan penerbitan yang tidak mengikut garis panduan dan yang telah diwartakan haram oleh pihak KDN serta tiada penjualan Al-Quran yang tidak mendapat kelulusan dari pihak KDN.

Di dalam operasi pemantauan ini pihak KDN telah Berjaya merampas buku yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam di premis tersebut. Pemantauan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pembekal, pengedar, penjual serta penerbit mengambil kesempatan menjual serta menerbitkan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam yang telah diharamkan oleh pihak berkuasa seterusnya memastikan kesucian Al-Quran dapat dipelihara.

    
 
    

    

Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan, JAWI
Cawangan Kuala Lumpur
TEXT_SIZE