05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

02-03 April 2011 (Sabtu) - Cawangan Dakwah dengan kerjasama Pegawai Jabatan Agama Islam W.P Labuan telah mengadakan Kursus Intensif Saudara Muslim 2011M/1432H. Kursus ini betempat di Surau Nur Hidayah Perumahan Rancha-Rancha yang mana program ini melibatkan seramai 42 orang saudara baru. Program dirasmikan oleh Ustaz Mohd Ghaus bin Musa selaku Penolong Pengarah Pelajaran, Jabatan Agama Islam W.P Labuan

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan memberi keyakinan terhadap aqidah Islam yang dipilih sebagai cara hidup selain memberi motivasi dan bimbingan saudara baru mengenai Fardhu Ain. Antara pengisian program pada hari pertama ialah sesi ceramah yang bertajuk Mengapa Kita Memilih Islam yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairil Azuar bin Mohd Noor. Pada hari kedua pula ceramah Iman, Islam Dan Ikhsan yang disampaikan oleh Ustaz Najah bin Elias. Dijalankan juga bengkel-bengkel Fardhu Ain seperti teori dan praktikal untuk Wudhu, Praktikal Solat dan Bacaan Dalam Solat. Persembahan dalam kumpulan juga turut diadakan dimana pembentangan ini digunakan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman saudara baru tentang mengaplikasikan Islam kedalam cara hidup mereka.

"AD'DIN"

Disediakan Oleh : Cawangan Dakwah, JAWI W.P Labuan