05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

19 & 20 Februari 2011 (Sabtu & Ahad) – Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Cawangan Syariah telah mengadakan Kursus Sembelihan Halal dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Kediaman Mahallah Bilal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada hari sabtu, manakala hari ahad pula bersama Jawatankuasa IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Kursus Penyembelihan di Kolej Kediaman Mahallah Bilal, UIAM telah dihadiri oleh seramai 60 orang peserta. Sebanyak 80 ekor ayam dan seekor kambing telah berjaya disembelih dengan sempurna oleh para peserta pada kursus tersebut.

Manakala Kursus Penyembelihan di IPG Kampus Bahasa Melayu pula dihadiri oleh seramai 100 orang peserta dan sebanyak 110 ekor ayam telah berjaya disembelih dengan sempurna oleh para peserta. Kedua-dua kursus telah dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan dari para peserta kursus.

    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan, JAWI
Cawangan Kuala Lumpur