05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

12 Mac 2011 (Sabtu).    Cawangan Penyelidikan Jabatan Agama Islam W.P Labuan telah menganjurkan Kursus Penyembelihan siri 1/2011. Kursus ini disasarkan kepada remaja sekolah yang masih belum mendapat pendedahan secara langsung berkenaan konsep sembelihan dalam Islam. Kursus ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Ghazali bin Haji Saad, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI W.P Labuan

Seramai 34 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar Insitut Pengajian Tinggi bahkan pelajar dari sekolah Tahfiz Merinding serta beberapa orang awam daripada Pusat Sembelihan Peladang W.P Labuan yang ingin memohon kebenaran tauliah menyembelih.

Terdapat tiga sesi dalam kursus ini. Sesi pertama yang diisi dengan ceramah yang bertajuk "Batas Antara Halal Dan Haram" yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ghaus bin Musa (Penolong Pengarah Dakwah). Sesi kedua diisi lagi dengan ceramah bertajuk "Halal VS Halalan Toyyiba" oleh Ustaz Karia bin Rahmat (Penolong Pengarah Zon 8). Pada sesi akhir, iaitu sesi praktikal telah dikendalikan oleh Ustaz Mingu bin Matnoh.

Menerusi penganjuran kursus ini, diharapkan agar pemilihan makanan yang sihat dan halal akan lebih di titikberatkan oleh setiap individu muslim dalam kehidupan seharian.

"Yang Halal Itu Jelas, Yang Haram Itu Jelas"

Disediakan Oleh : Cawangan Penyelidikan JAWI Labuan