05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

19 Februari 2011 (Sabtu) – Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 1, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Muslimat Zon 1 telah mengadakan bengkel membuat roti bertempat di Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur.

Bengkel ini merupakan program tahunan Pejabat Pusat Zon 1 yang diadakan bagi memberi pendedahan kepada seluruh anak kariah akan peri pentingnya kemahiran membuat roti yang kian lama semakin hilang terutamanya kepada generasi baru pada masa kini.

Selain itu, bengkel seperti ini juga bermatlamat untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim di antara sesama kaum muslimat masjid serta mampu melahirkan generasi baru yang mahir dalam bidang masakan seperti ini.

Terdahulu, bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI iaitu Puan Hajjah Ramlah Binti Yong dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan JAWI iaitu Puan Syarifah Ruhani Binti Syed Abu Bakar.

Bengkel bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang itu turut mencatat senarai kehadiran yang sangat memberangsangkan iaitu kira-kira 100 orang muslimat yang hadir mengikuti bengkel membuat roti ini.

Tenaga pengajar untuk bengkel ini pula diselia oleh seorang chef yang sangat berpengalaman di sekitar Kuala Lumpur iaitu Chef Liza Binti Zainol dan turut dibantu oleh 4 orang pembantunya dari syarikat Sweet Azza Sdn. Bhd.

    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Pejabat Pusat Pentadbiran Zon 1