05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

10 Februari 2011 (Khamis) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Saudara Muslim Tahun 2010 bertempat di Dewan Jamuan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada bersamaan 7 Rabiul Awal 1432H.

Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang  di Kelas Pengajian Saudara Baru, JAWI. Selain itu dengan adanya majlis seumpama ini, semangat pelajar-pelajar dapat disuntik agar lebih berminat mendalami ilmu agama Islam. Kelas-kelas pengajian saudara baru di JAWI mempunyai 5 tahap iaitu Pra Asas, Asas, Menengah, Lanjutan dan Tahsin.

Majlis bermula dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Saghir bin Sunny pada jam 9.00 pagi. Seterusnya majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, Puan Hajjah Ramlah Binti Yong sekaligus menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Pelajar cemerlang keseluruhan pada tahun 2010 jatuh kepada Muhammad Mikhail Liew bin Abdullah. Majlis tamat jam 1.00 tengahari.

    
 
    

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur