05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

29 Januari 2011 (Sabtu) – Pusat Pentadbiran Zon 1, Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya mengadakan Kursus Ahli Jawatankuasa Masjid-Masjid Zon 1 Siri 2/2011 bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands dua hari berturut-turut sehingga 30 Januari 2011M bersamaan 25 Safar 1432H (Ahad).

Kursus ini disertai oleh ahli jawatankuasa masjid-masjid di bawah pentadbiran Zon 1 JAWI. Peserta-peserta ini terdiri daripada ahli jawatankuasa Masjid Al-Imam Al-Ghazali (Bandar Menjalara Kepong), Masjid Amaniah Kepong, Masjid Abu Hurairah (Batu 5 Jalan Ipoh), Masjid Al-Firdaus (Segambut Luar), Masjid Saidina Hamzah (Taman Batu Muda), Masjid Anas bin Malik (Kampung Selayang Lama), Masjid Al-Qurtubi (Taman Sri Segambut), Masjid Al-Zakirin (Taman Wilayah Selayang) dan Surau An-Najah.

Manakala urusetia yang terlibat semuanya dari pegawai-pegawai masjid Zon 1. Kursus ini dijalankan selama 2 hari 1 malam. Objektif kursus ini dianjurkan ialah untuk memberi penekanan kepada setiap peserta bagaimana ingin mentadbir sesebuah pentadbiran yang baik, bekerjasama dan bertanggungjawab serta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai institusi masjid. Dalam kursus tersebut, dua orang penceramah telah diundang. Antaranya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah JAWI, Ustaz Wan Jaafar Bin Wan Ahmad dan Pegawai Unit Audit Dalam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Encik Badrul Syah Bin Basri.

Kursus ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Haji Hashim Bin Haji Salleh (Ketua Penolong Pengarah Kanan) Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI. Turut hadir semasa majlis perasmian penutup Ustaz Mohd Nazri Bin Abdullah (Pegawai Penyelaras Zon 1).

Kebanyakan peserta berasa amat beruntung kerana dapat menyertai kursus yang penuh bermanfaat ini dan berharap akan dapat mengikuti kursus-kursus lain pada masa akan datang. Pihak penganjur mengharapkan para peserta dapat mengambil input-input yang berkesan dalam mentadbir sesebuah organisasi akan datang.

Kursus sebegini wajar dilaksanakan pada setiap tahun, kerana ia dapat memberi penekanan dan penerapan aspek-aspek pentadbiran kepada para peserta. Ia juga dapat mendekatkan kepada semua para peserta hubungan silaturahim sesama mereka. Sebaliknya dapat bertukar idea yang bagus bagi memajukan organisasi masing-masing.

    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah
JAWI, Kuala Lumpur