05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

6 Januari 2011 (Khamis) – Bahang dan kehangatan kejayaan program Imam Muda Musim Pertama 2010 anjuran pihak Astro dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) masih lagi kita rasai bersama masyarakat dunia.

Majlis Pra-Pelancaran dan Sidang Media ini dengan jayanya telah dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir Bin Haji Baharom (Bersara), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta diiringi oleh YBhg. Tuan Haji Zainir Bin Haji Aminullah (Pengarah Eksekutif, Astro Entertainment Sdn. Bhd.), YBhg. Dato’ Haji Che Mat Bin Che Ali (Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)) dan YBhg. Tuan Haji Izelan Bin Basar (Pengurus Saluran Astro Oasis).

JAWI dengan kerjasama Astro telah menganjurkan Majlis Pra-Pelancaran dan Sidang Media Khas bagi Program bercorak keagamaan yang kontemporari, Siri Pencarian Imam Muda Musim Ke-2 bertempat di Restoran Daafah, Sri Petaling.

Lokasi-lokasi uji bakat program Imam Muda Musim Ke-2 telah dilebarkan lagi kawasannya memandangkan Imam Muda Musim Pertama telah mendapat permerhatian yang luas sehingga ke Peringkat Antarabangsa iaitu di Kota Bharu, Kelantan, Kuantan dan Pahang bagi Wilayah Timur serta Kota Kinabalu selain lokasi-lokasi musim lalu iaitu Alor Setar, Johor Bharu dan Kuala Lumpur bagi Wilayah Tengah.

Majlis ini bukan sahaja sebagai majlis pelancaran program realiti, malah sebagai membina jambatan persahabatan yang bertakhtakan semangat muhibbah dalam menuju kepada destinasi yang satu iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T antara pihak Astro sebagai sebuah stesen penyiaran swasta yang berprestij dan JAWI yang menawarkan pelbagai sumber dan kepakaram keagamaan bersama semua pihak media tempatan dan media antarabangsa samada media cetak atau media elektronik kerana telah membuat liputan memberangsangkan terhadap program ini hingga membawa ke dimensi baru.

Turut hadir sama, Pegawai-pegawai Kanan JAWI dan ASTRO serta rakan-rakan media tempatan dan juga media antarabangsa.

    
 
    

    

Foto oleh:
Tuan Asmawi Bin Tuan Umar
Pegawai Perhubungan Awam Dan Penerbitan JAWI
Teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria