05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

29 Disember 2010 (Rabu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan perhimpunan pagi YBhg. Dato’ Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI bersama pegawai dan kakitangan JAWI bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, pagi tadi.

Perhimpunan ini telah melibatkan semua pegawai dan kakitangan bagi tujuan mengeratkan persaudaraan pegawai bersama kakitangan dalam satu jabatan yang sama. Perhimpunan ini juga turut memperkenalkan pegawai baru yang menggantikan pegawai-pegawai lama yang telah bertukar perkhidmatannya.

Antara pegawai baru termasuk YBhg. Tuan Haji Abdul Murat Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah (Pengurusan), YBhg. Puan Hajjah Ramlah Binti Yong, Timbalan Pengarah (Operasi), Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim (KPPK Bahagian Penguatkuasaan), Tuan Haji Hashim Bin Salleh (KPPK Bahagian Pengurusan Kariah) dan Puan Hajjah Zaiton Binti Abdul Rahman (KPPK Bahagian Pelajaran).

Turut hadir, Puan Hajjah Syarifah Ruhani Binti Syed Abu Bakar (KPPK Bahagian Khidmat Pengurusan), Ustaz Che Hussin Bin Isa (KPPK Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga), Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Yusof (KPPK Bahagian Pengurusan Dakwah), Tuan Ibrahim Bin Deris (Ketua Pendakwa Syarie Kanan, Bahagian Pendakwaan), Tuan Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman (KPP Bahagian Penyelidikan), Tuan Haji Musa Bin Haji Ramli (KPP Bahagian Pembangunan), Tuan Haji Zakaria Bin Isa (Imam Besar Masjid Wilayah) dan Puan Hajjah Zainab Binti Abdul Rahman (KPPK JAWI Cawangan Putrajaya).

    

    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria