05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

23 Disember 2010 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima Lawatan Kerja Pemerintah Aceh Dinas Syariat Islam bertempat di Dewan Syura Perdana, Menara Pusat Islam secara rasminya.

Seramai 9 orang ahli rombongan dari Pemerintah Aceh Dinas Syariat telah hadir dengan di ketuai oleh Ibu Darwati A. Gani, Isteri Gubernur Aceh merangkap Ketua TIM PKK Aceh. Ahli rombongan lain termasuk Prof. DR. Rusjdi Ali Muhammad (SH, MA, Kepala Dinas Syariat Islam Aceh), Prof. DR. A. Hamid Sarong (SH, MH, Dosen IAIN Banda Aceh), Cut Fatma (Pengurus PKK Aceh), Drs. A. Rahman TB (Kakanwil Kementerian Agama Aceh), Drs. Zuhri (MM, Kepala Bidang Pengembangan Sumber Daya Syariat Islam), Drs. Abdullah Muhammad (Kepala Bidang Bina Hukum Syariat Islam) dan Syarifah Rahmatillah (SH, Badan Pemberdayaan Perempuan dan Pelindungan Anak Provinsi Aceh.

Objektif utama rombongan ini adalah bagi mempelajari proses ilmu dan perbandingan praktik yang berkaitan dengan proses pembangunan keluarga (perkahwinan) melalui syariat Islam.

Rombongan ini telah disambut baik oleh YBhg. Dato’ Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI dengan memberi ucapan aluan dan ucapan balas delegasi sesi pertama bertajuk “Garis Panduan Pengurusan Nikah di Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Malaysia” dan sesi kedua “Perlaksanaan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam”.

Di samping itu ahli rombongan turut dibawa melawat sekitar kawasan Pusat Islam terutamanya di Bahagian Perkahwinan bagi memperkenal dan memperlihatkan cara dan sistem pemprosesan kad nikah dilakukan.

Turut hadir ialah YBhg. Puan Hajjah Ramlah Binti Yong (Timbalan Pengarah [Operasi]), Puan Hajjah Syarifah Ruhani Binti Syed Abu Bakar (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan), Ustaz Che Husain Bin Isa (KPKK Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga), Tuan Haji Musa Bin Haji Ranli (KPP Bahagian Pembangunan) dan Encik Kassim Bin Maarof (Penolong Pegawai Perhubungan Awam).

    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria