05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

24 Disember 2010 (Jumaat) - Setelah hampir sepuluh tahun penduduk di W.P Labuan dalam penantian untuk pembukaan Sekolah Menengah Agama Islam yang pertama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah merealisasikan impian tersebut menjelang tahun 2011. Sekolah Menengah Agama - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) W.P Labuan merupakan nama yang diberikan untuk sekolah menengah agama yang pertama di W.P Labuan ini. Oleh itu, Taklimat mengenai Integriti Dan Pengurusan SMA-MAIWP Cawangan Labuan yang bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Qardhawi JAWI Labuan dibuat untuk menaikkan semangat serta disiplin para guru dan kakitangan baru yang akan melangkahkan kaki membuka lembaran pertama di SMA-MAIWP W.P Labuan. Penceramah jemputan yang tidak asing lagi telah disampaikan oleh En.Zulkifli bin Hamat selaku Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran JAWI Kuala Lumpur.  

Antara generasi pertama yang menjadi kakitangan di SMA-MAIWP W.P Labuan ialah:-

  1. Puan Masriah binti Hassan
  2. Puan Nor Laili binti Abd. Rani
  3. Puan Rosnita binti Albari
  4. Puan Nor Hailena binti Kasim
  5. Puan Rafidah binti Ahmad
  6. Puan Mazlina binti taib
  7. Puan Nor Syakila binti Abdullah
  8. Puan Narlia binti Tajiri
  9. Encik Juzaili bin Jupri
  10. Encik Azlan bin Yassin
  11. Encik Abd. Fattah bin Abd. Hafiz

"Guru Umpama Matahari"

Sumber : Cawangan Pelajaran JAWI W.P Labuan.