05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program Remaja Sihat Tanpa Maksiat (Kempen Jauhi Zina Tahun 2014)
alt

22 Mac 2014 (Sabtu) – Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahreaan Bandar dan Persatuan Penduduk Seri Negeri Sembilan, Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur telah mengadakan Program Remaja Sihat Tanpa Maksiat (Kempen Jauhi Zina Tahun 2014) bertempat di dewan PPR Seri Negeri Sembilan, Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur. Program tersebut telah dihadiri oleh isi rumah terutama remaja-remaja PPR tersebut dan sekitarnya.

Diantara objektif program ialah memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung undang-undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan dan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya zina kepada para remaja dari aspek Islam, jasmani, rohani, mental serta kesannya kepada keturunan dan sosial yang sangat serius.
 
Selain itu, dapat memberi kesedaran mengenai pentingnya kembali kepada Islam dari aspek amalan dan gaya hidup serta mengukuhkan potensi remaja sebagai generasi pewaris masa depan.

Seramai empat orang penceramah telah dijemput antaranya YBhg. Ustaz Mohd Yusri Hafiz Bin Yusuf (Pakar Motivasi), YBhg. Ustaz Rohidzir Bin Rais (Pengacara Tanyalah Ustaz TV9), YBhg Ustaz Saiful Azhar (Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAWI) dan YBhg. Ustaz Mohd Anas Ibrahim Bin Mohd Zaini (Bahagian Penyelidikan JAWI).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan