05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Karnival Hari Landskap ‘Cintai Masjid, Hijaukan Bumi’ Di Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati Kuala Lumpur
alt
 
15 Mac 2014 (Sabtu) – Masjid Al-Muttaqin, Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan AEON Big telah menganjurkan Karnival Hari Lanskap bertemakan ‘Cintai Masjid, Hijaukan Bumi’ bertempat di Perkarangan Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
 
Program ini diadakan bagi memperkenalkan dan menyambut hari landskap sedunia disamping memberi peluang kepada orang ramai terutamanya remaja dalam menyemai sifat cintakan bumi hijau di tempat-tempat ibadat.
 
Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya Bengkel Kemahiran Landskap, Pertandingan Landskap, Demo Kemahiran Landskap serta pelbagai ekspo landskap dan gerai jualan disediakan. Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh ECO Drum Circle dan Atie Akademi Fantasi Musim Pertama bersama himpunan 500 pelajar ‘GO GREEN’.
 
Karnival telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Latif Bin Mohmod dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Turut hadir, YBhg. Kol (B) Haji Yaacob Bin Mahmod (Timbalan Pengarah, AEON Company (M) Bhd.), YBhg. Datuk Haji Hamdan Bin Yusoff (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju), YBhg. Ustaz Mohd Zaim Juwaidi Bin Jamaludin (wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Tuan Haji Hamdan Bin Mohd Kassim (wakil Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria