05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2014
 alt
 
17 Mac 2014 (Isnin) – Unit Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam.
 
Seminar ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menghayati agama di dalam sesebuah keluarga bagi membentuk sebuah keluarga yang cemerlang dan harmoni. Selain itu, memberikan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan sebuah keluarga di dalam melawan arus globalisasi bagi membentuk negara yang cemerlang dan terbilang di samping memberikan penerangan tentang peranan setiap individu di dalam sesebuah keluarga sebagai satu institusi.
 
Terdapat dua slot ceramah yang disediakan iaitu Ceramah 1 : ‘Pasangan Sejoli” oleh YBhg. Ustaz Azman Bin Hashim, Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga dan Ceramah 2 : “Keluarga Sakinah Dambaan Rasulullah” oleh YBhg. Ustazah Asmak Binti Husin, Personaliti TV/Pendakwah Bebas.
 
Turut hadir, YBhg. Hajjah Kamariah Binti Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK).

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan