05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Bengkel Penulisan Teks Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 2014
alt
 
13 Mac 2014 (Khamis) – Seramai 38 peserta yang terdiri daripada para penulis teks khutbah, Jawatankuasa Penyemak, jurutaip serta penterjemah khutbah Bahasa Inggeris mengikuti Bengkel Penulisan Teks Khutbah JAWI 2014 yang diadakan di Bangunan MAIWP, Jalan Ipoh, di sini, hari ini.
 
Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan Kariah JAWI itu diadakan bagi memberi pendedahan tentang teknik penulisan khutbah yang baik di samping dapat mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan khutbah.
 
Antara agenda yang dimuatkan sepanjang bengkel tersebut dijalankan ialah taklimat garis panduan penulisan JAWI oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Halim Abdullah, Ketua Panel Penyemak teks Khutbah JAWI, sesi perbincangan serta sesi soal jawab.
 
Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan berkaitan teks khutbah melalui sesi pembentangan kertas kerja oleh YBhg. Encik Abd. Karim Bin Abu Bakar, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka serta YBhg. Ustaz Pahrol Md Juoi, Pengurus Besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.
 
Bengkel berkenaan turut dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Hadir sama ialah YBhg. Ustaz Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Zakaria
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan