05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Bengkel Penyediaan Garis Panduan Modul Pelaksanaan Hukuman Alternatif
alt
 
23 Februari 2014 (Ahad) – Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia JAWI telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Modul Pelaksanaan Hukuman Alternatif bertempat di Legend Hotel, Cherating, Pahang Darul Makmur.
 
Bengkel selama tiga hari ini disertai oleh seramai 27 orang peserta terdiri daripada pelbagai bahagian seperti Bahagian Pendakwaan JAWI, Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Bahagian Kariah JAWI, Unit Perhubungan Awam JAWI, JAWI Cawangan Putrajaya dan Labuan. Selain itu bengkel ini juga melibatkan agensi-agensi luar seperti wakil daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Peguam Negara, dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.
 
Objektif Bengkel ini bertujuan mewujudkan suatu garis panduan atau modul berkaitan tatacara Pelaksanaan Hukuman Alternatif, menyelaraskan pelaksanaan hukuman antara agensi-agensi yang terlibat agar selari dengan peruntukan undang-undang, dan mendapatkan persetujuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pelaksanaan undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan.
 
Bengkel ini telah mencapai beberapa resolusi antaranya ialah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Hukuman Alternatif yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab melantik dan memberi kuasa kepada agensi pelaksana hukuman alternatif.

alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pendakwaan, JAWI