05:57
Imsak
06:07
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
PROGRAM MALAM PEDULI UMMAH

alt
 
5 Mac 2014M/ 3 Jamadilawwal 1435H -

Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah menganjurkan program Misi Kemanusiaan: Malam Peduli Ummah pada 5 Mac 2014 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini bertujuan meraikan individu, kumpulan atau organisasi penyumbang dan penaja yang menghulurkan sumbangan kemanusiaan kepada umat Islam di Syria yang kini menghadapi musibah persengketaan yang menghancurkan semuanya sekali, termasuk peradaban yang diwarisi negaranya.
  
Program ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Tuan Haji Che Hussein bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI mewakili Pengarah JAWI, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, wakil-wakil TERAS, SALIMAH, PUM, IKRAM, Persatuan Tamak Pahala dan sebagainya. Disamping mendengar kata aluan daripada Presiden MAPIM dan perkongsian daripada Ketua Misi Rescue Syria, para hadirin turut dihiburkan oleh Kumpulan Far East dan Kumpulan Hijaz. 
 
Tn. Hj Che Hussein juga telah menyampaikan sijil dan penghargaan kepada para penaja utama iaitu Al-Araby Group of Company (RM8,000.00), SALIMAH Malaysia (RM100,000.00), Digimarc Network (RM25,000.00) dan Yayasan Dr. Rozmey (RM3,000,000.00). Sebagai menghargai penaja terbesar, sebuah hospital di Syria akan dibangunkan atas nama Sheikh Dr Rozmey Hospital. Program berakhir dengan majlis penyerahan mock cheque oleh para penaja dan penganugerahan Duta Peduli Ummah 2014 kepada Syam Kamikaze.
 
Marilah kita mengingati apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud “Barang siapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka mereka bukan dari kalangan kami dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim”.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)