05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

BENGKEL PENYELIAAN PENDIDIKAN BERKESAN

BENGKEL PENYELIAAN PENDIDIKAN BERKESAN

alt

12-13 Februari 2014 (Rabu dan Khamis) - Bahagian Pelajaran, JAWI telah menganjurkan Bengkel Penyeliaan Pendidikan Berkesan bertempat di Dewan Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Cheras, Kuala Lumpur.  Seramai 40 orang  pegawai bahagian dan guru besar terlibat di dalam bengkel ini.
 
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada peserta mengenai kaedah-kaedah penyeliaan yang terbaik dalam bidang pendidikan. Antara perkara –perkara yang dibincangkan dalam bengkel ialah penjelasan terhadap maksud penyeliaan klinikal, perbezaan antara penyeliaan, pemantauan, penaziran dan pencerapan serta persiapan diri sebagai seorang penyelia yang baik.
 
Bengkel ini banyak memberi input dan informasi yang baru kepada semua peserta dan diharap ia mampu meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah-sekolah. 





Foto dan teks oleh:
Unit Perancangan Akademik
Bahagian Pelajaran


Cetak   Emel