05:57
Imsak
06:07
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kembara Ilmu Pejabat Agama Daerah Hulu Berang, Terengganu ke Masjid Usamah Bin Zaid
alt
 
21 Februari 2014 (Jumaat) – Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan delegasi daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu ke Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Seramai 60 ahli delegasi hadir yang diketuai oleh YB. Dato’ Haji Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN Kuala Berang), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Terengganu. Lawatan diadakan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat mengenai kaedah perlaksanaan pengurusan masjid serta membuat lawatan sekitar kawasan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Syed Abdullah Bin Syed Nordin selaku Pegawai Penyelaras Pusat Zon 4.
 
Turut hadir, YBhg. Tuan Ahmad Rajiun Bin Abu Bakar (Timb. Pengarah Pengurusan JAWI), YBhg. Tuan Haji Jaafar Bin Ismail (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kariah), YBhg. Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh (Ketua Penolong Pengarah, Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan) dan YBhg. Dato’ Haji Wan Mohd Bin Wan Ibrahim (Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang, Hulu Terengganu).
 
Lawatan ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua-dua belah pihak disamping dapat berkongsi pengalaman dan idea dalam usaha mempertingkatkan mutu pengurusan di masjid-masjid seluruh Malaysia.

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Pusat Zon 4