05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Lawatan Kerja Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Masjid Ar-Rahman Dan Surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
alt
 
11 Februari 2014 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan lawatan tapak Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Masjid Ar-Rahman dan Surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di bawah seliaan JAWI bertempat di sekitar Kuala Lumpur.
 
Lawatan yang turut dikunjungi oleh YBhg. Dr. Kamaruddin Bin Min selaku mewakili YBhg. Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini bertujuan memastikan projek berjalan lancar di samping mengenalpasti masalah yang dihadapi untuk diperbaiki serta bagi menaik taraf untuk kemudahan orang awam yang lebih selesa pada masa hadapan.
 
Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya (Pengarah JAWI), YBhg. Tuan Ahmad Rajiun Bin Abu Bakar (Timbalan Pengarah Pengurusan) dan YBhg. Tuan Che Husain Bin Isa (Timbalan Pengarah Operasi).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria