05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435H/2014M
 
alt
 
5 Februari 2014 (Rabu) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435H/2014M bertempat di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur bermula 4 hingga 5 Februari 2014.
 
Seramai 28 orang peserta terpilih untuk menyertai peringkat akhir yang diadakan selama 2 hari. 15 orang mengambil bahagian dalam kategori 1 hingga 10 juzuk, 8 orang kategori juzuk 1 hingga 20 juzuk dan 5 orang kategori 1 hingga 30 juzuk.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Peserta Johan akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 10 dan 14 Mac 2014 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.

Berikut keputusan penuh pertandingan:
 
Tahap 1-10 Juzuk (Lelaki)
Johan              :           Muhammad Furqan Fawwas B Salleh Sani
Naib Johan    :           Muhammad Hanaffi B Mohamed Moner
Ketiga             :           Muhammad Fadhil Amin B Mohd Nissham
 
Tahap 1-10 Juzuk (Perempuan)
Johan              :           Nor Arfah Bt Samsudin
Naib Johan    :           Syamirah Bt Mazmi
Ketiga             :           Hanani Izyan Bt Mohd Ramzam

Tahap 1-20 Juzuk (Lelaki)
Johan              :           Muhammad Imran B Zulzamrin
Naib Johan    :           Tuan Mohammad Razin B Tuan Mohd Razif
Ketiga             :           Long Muhammad Luqman B Long Zor
 
Tahap 1-20 Juzuk  (Perempuan)
Johan  :            Putri Nur Nadia Bt Bakri
Naib Johan    :            Hannah Farihin Bt Fadglullah
Ketiga             :            Athirah Salihah Bt Al-Azmi
 
Tahap 1-30 Juzuk (Lelaki)
Johan              :           Mohd Syahid Al-Amin Bin Razali
Naib Johan    :           Hamdani Bin Zahid
Ketiga             :           Umair Bin Mohd Hazril Munir@Umar
 
Tahap 1-30 Juzuk (Perempuan)
Johan              :           Mazian Bt Abu Bakar
Naib Johan    :           Nurul Huda Binti Zazman

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)