05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Multaqa Pegawai-Pegawai Masjid Surau Jumaat Dan Ahli Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan Dan Putrajaya 1435H 2014M
alt
 
23 Januari 2014 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Multaqa Pegawai-Pegawai Masjid, Surau Jumaat Dan Ahli Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan Dan Putrajaya 1435H/2014M sebagai pembuka tirai tahun 2014 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam.
 
Program ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah para pegawai dan ahli jawatankuasa masjid/surau Jumaat di Wilayah-wilayah Persekutuan. Majlis ini juga turut memberikan pendedahan berkenaan maklumat semasa berkaitan isu-isu dan permasalahan berkaitan masjid/surau di Wilayah Persekutuan di samping mendedahkan kepentingan kesatuan dan sikap bekerjasama dalam usaha dakwah terutama masjid/surau.
 
Aturcara dimulakan dengan ceramah pagi bertajuk ‘Mengimarah Rumah Allah; Menunai Amanah, Menikmati Ujrah yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan diakhiri dengan Penyampaian Tauliah kepada Pegawai-Pegawai Masjid/Surau Jumaat Wilayah Persekutuan serta Penyampaian Saguhati kepada Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau Jumaat Wilayah-Wilayah Persekutuan.
 
Majlis yang menghimpunkan sebanyak 635 AJK Masjid dan 669 Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YB. Dato’ Seri Mejar Jeneral Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
 
Turut hadir, YBhg. Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin (mewakili Menteri Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya (Pengarah JAWI).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria