05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
HIJAB EVENT 2014

alt

"We should have a checklist before wear the hijab. Is the hijab to attract or to protect? We should be the muhajabah with AKHLAK, hijab beautifies our soul. Hijab will be our CROWN in Jannah, insya Allah. Hijab is a lifestyle, not only a piece of cloth. When looking at the mirror, try to look at your heart, not only look at your face.
Then we say altogether, I'm a muhajabah with Akhlak for the Sake of Allah."

 
Begitulah sebahagian ulasan hebat dari Dr. Fadila Grine, Pensyarah dari Universiti Malaya dalam Program Hijab Event 2014 yang telah berjaya dianjurkan pada 1 Februari 2014M (Sabtu) bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Program anjuran bersama Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Muslimah Interest Zone Networking Association (MIZAN) Kuala Lumpur sebagai penganjur utama yang direalisasikan bersempena World Hijab Day.
 
Diasaskan oleh Nazma Khan, seorang warga Bangladesh yang dibesarkan di New York, sambutan ini bertujuan mengajak semua wanita berhijab atau tidak, muslim atau belum, merasai pengalaman berhijab dan memahami konsep hijab yang sebenar. Ia juga bertujuan menolak sebarang bentuk kontroversi dan fobia terhadap wanita Islam yang berhijab. Program ini selaras dengan prinsip yang termaktub dalam hak asasi manusia iaitu kehormatan terhadap wanita, kesaksamaan, kebebasan bersuara dan kepercayaan.
 
Inspirasi dari ayat  31 Surah An-Nur dan ayat 59 Surah Al-Ahzab, program dengan  tema serba ungu ini, mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari lebih 500 wanita. Dimulakan seawal jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran seterusnya ucapan perasmian dan persembahan. Forum dengan tajuk "Hijab Empowerement : Cover Your Awrah Cover Your Qalb bersama moderator terkenal Pn. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot dimulakan dengan barisan panel: Dr Fadila Grine (UM), Dr Mohd Naim Mokhtar (JKSM) dan Miss Aliza Kim.  Berkongsi kisah pengislamannya, Aliza bekas model berketurunan Thailand dan anak kepada paderi Kristian yang sangat patuh pada agamanya, diperkenalkan tentang Islam kerana sikapnya yang suka membaca. Misi tanpa hentinya mencari kebenaran, menghadiri kelas agama dan 'jatuh cinta' dengan 'ustazah' akhirnya mengembalikan beliau kepada agama fitrah. Dunia glamor ditinggalkan perlahan-lahan dan cuba berhijab dan mempelajari Islam selama setahun sebelum mengumumkannya. 

Seterusnya tayangan multimedia dipertontonkan berkenaan Kempen Hijab Day yang telah dijalankan di Masjid KLCC. Acara diteruskan dengan Forum ke dua dengan 3 artis - Pn. Catriona Ross, Pn. Sharifah Sofea (Pelakon) dan Pn. Dina Al-Mashoor (Dj Radio) berkongsi pentas bersama moderator Cik Farhana dengan tajuk "Hijrah from Heart". Masing-masing berkongsi kisah penghijrahan dan detik mula mengenakan hijab. "It all starts with head, then only heart". Dengan pelbagai nikmat yang dikecapi sepanjang bergelar artis dan segala ujian yang Allah takdirkan akhirnya membuka hati untuk berhijrah. Ia tidak seindah dan semudah yang disangka. Proses hijrah itu ternyata lebih mencabar terutamanya apabila berhadapan dengan tentangan hebat keluarga dan sahabat terdekat. Namun ia semakin menjadikan mereka kenal diri dan dekat dengan Allah.

Program dan kempen sebegini akan dipergiatkan setiap tahun agar segala persoalan tentang 'rahsia di sebalik hijab' akan dapat dirungkai dan terjawab. Bagi yang lahirnya Islam, ia akan lebih meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap tuntutan menutup aurat dengan sempurna dan bagi yang belum, pasti akan terasa segan dan malu. Sesungguhnya, HIJAB bukan sekadar sehelai tudung, tetapi ia lebih dari itu.

alt alt
alt alt
alt alt


Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)

Sumber Foto: Fb MIZAN & Blog