05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Taklimat Guru Takmir Wilayah Persekutuan Labuan 2014
alt
 
17 Januari 2014 (Sabtu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Majlis Taklimat Guru Takmir Wilayah Persekutuan Labuan 2014 bertempat di Masjid Jamek An-Nur.
 
Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan maklumat terkini mengenai pengurusan takmir kepada guru-guru takmir. Antaranya berkaitan dengan prosedur tuntutan yang ditambahbaik dengan mendapatkan beberapa tandatangan pengerusi atau ahli jawatankuasa masjid.
 
Taklimat tersebut juga turut menerangkan peranan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) yang bertanggungjawab memantau kelas-kelas pengajian takmir supaya ianya berjalan seperti yang dirancangkan.
 
Antara penceramah yang hadir di dalam majlis tersebut ialah wakil daripada Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM iaitu Ustaz Nik Mohd Nasrun bin Nik Abdullah yang telah menyampaikan ceramah beliau mengenai Sistem Pengurusan Takmir Seluruh Malaysia.
 
Seramai 19 orang guru takmir yang terdiri daripada 14 orang lantikan sedia ada dan 5 orang lantikan baru telah menghadiri majlis tersebut.
 
Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Sabarudin bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Kanan, JAWI Labuan, Ustaz Mohd Zulaini bin Yaacob.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
JAWI, Cawangan Labuan