05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1435H 2014M
alt
 
14 Januari 2014 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyertai Perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.
 
Majlis yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, ini telah disertai oleh 73 pasukan jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, 10 sekolah, enam institut pengajian tinggi serta empat kontijen badan bukan kerajaan (NGO).
 
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan.
 
Perarakan diketuai oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (Bersara), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M dan melibatkan peserta berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra.
 
Turut hadir, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultanah Hajjah Haminah, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Binti Mansor serta YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Noorainee Binti Haji Abdul Rahman.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria