05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Pengurusan Dakwah

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Dakwah merupakan salah satu bahagian daripada bahagian-bahagian di JAWI yang terdiri daripada tiga cawangan
dan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan.  
Sasaran utama dakwah ialah seluruh masyarakat di Wilayah Persekutuan khususnya masyarakat Islam meliputi semua peringkat umur.

Bahagian Pengurusan Dakwah mempunyai 3 cawangan iaitu:
  • Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam
  • Cawangan Kebajikan Saudara Muslim
  • Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam
 
FUNGSI :-
Bahagian Pengurusan Dakwah bertanggungjawab menyebar dan memantapkan ajaran Islam kepada masyarakat dari segi akidah,
syariah dan akhlak melalui kaedah-kaedah berikut :- 
  1. Kelas pengajian, seminar, kursus, bengkel, khemah ibadah dan lain-lain. 
  2. Pengislaman dan pendaftaran masuk Islam di Wilayah Persekutuan.
  3. Pelaksanaan Majlis Menghafaz Al-Quran dan Majlis Tilawah Al-Quran Wilayah Persekutuan.
  4. Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Wilayah Persekutuan.
  5. Penyelarasan aktiviti dakwah di Wilayah Persekutuan. 
  6. Undangan ceramah agama dan bacaan doa.
  7. Khidmat kebajikan kepada masyarakat Islam melalui :-
     
  • Khidmat Nasihat  Pesakit di hospital,
  • Azan dan iqamat bayi,
  • Pengurusan Jenazah tidak berwaris / Tidak berkemampuan
  • Khidmat nasihat Saudara Muslim
  • Khidmat Kereta  jenazah
  • Pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan  Islam  Bukit Kiara dan Tanah Perkuburan Islam  Kuala Lumpur - Kiara

 

Piagam Pelanggan
   
Bersedia memberi khidmat kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan  khasnya dan   masyarakat Malaysia amnya dalam
Mempertingkatkan Kefahaman Islam dan amalan didalam  kehidupan  harian



 
 


Cetak   Emel